Impianku dan Keinginanku #1

Aku seorang anak orang kaya. Aku ada segala- galanya. Jika aku minta telefon bimbit berjenama baru, pasti bapa aku akan penuhi. Jika aku minta baju baru, pasti ibuku akan turuti. Aku seorang anak tunggal. Tiada abang, adik mahupun kakak. Itulah salah satu yg aku rasa nak sangat. Seorang adik baru. Tak kisah lelaki atau perempuan. Jadi aku meminta kepada ibuku untuk mendapatkan seorang adik. Ibuku hanya berkata "insyaAllah". Aku seperti dapat agak yg perkara itu tak akan berlaku. Jadi aku pergi kepada bapaku dan berkata "saya nak adik" kemudian bapaku hanya menggelengkan kepala. Aku berasa sangat sedih dan aku pun mendiamkan diri. Aku boleh kata yg aku meminta perkara itu sudah 20 kali.

Pada suatu hari, aku bangun agak lewat daripada tidur, kemudian aku dapati kerata ibu bapaku tiada di halaman letak kereta. Lalu aku terus ke katil untuk sambung tidurku. Tiba- tiba, mak cik bedah merupakan seorang orang gaji yg baru di rumah itu berkata "cik puan, sarapan sudah sedia". Aku tidak menyahut panggilan itu tapi terus tidur kembali.

Hampir 10 minit aku tidur, tiba- tiba aku tersedar daripada tidur. Aku dapati pintu bilikku terbuka luas. Aku paling tak suka orang masuk bilik aku tanpa kebenaran aku dan paling aku tak suka, orang yg masuk bilik aku tanpa kebenaran dan tidak menutup pintu itu kembali. Aku terus bangun dan pergi ke ruang tamu. Aku baru saja ingin membuka mulut, tetiba ada seorang budak perempuan kecil menyapa aku "hai akak. saya Amira, akak?" dan aku terus pergi ke ibuku dan bertanya siapa budak itu.

Ibuku terus berkata "itu adik baru kamulah. nama dia Amira. berkenalanlah dgn dia" Aku terperanjat! Reaksi ku seperti ternampak hantu.


Bersambung....

Comments

Anonymous said…
It took me time to learn all the comments, but I honestly loved the blog. It proved to be very advantageous to me and I'm positive to all of the followers here!

Popular posts from this blog

Mimpi: Arwah Yasmin

Underground

Delete Conversation