Perbaiki Diri ^^




Nasihat Imam Ghazali rahimahullah

Pintu-pintu syaitan masuk ke dlm hati:

1. Pintu marah dan syahwat.

2. Hasad dengki dan tamakkan keduniaan.


3. Kekenyangan makanan.


4. Kegemaran menghias diri dan rumahtangga.


5. Keinginan mengampu.


6. Gopoh dan tidak menyelidiki terlebih dahulu.


7. Harta dan wang ringgit.


8. Lokek dan takutkan kemiskinan.


9. Keterlaluan fanatik dan taksub kepada mazhab serta berdendam dan menghina.


10. Perbuatan terlalu memikirkan tentang zat dan sifat2 Allah dan perkara2 tanpa ilmu pengetahuan dan di luar akal fikiran.


11. Sangkaan buruk sesama kaum muslimin



Cuba fahami...


8 Sifat Pakaian Wanita Islam:

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat.


2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar.


3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.


4. Warna pakaian itu suram atau gelap.


5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum.


6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru–niru atau menyerupai pakaian lelaki.


7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik.


8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.




Comments

Popular posts from this blog

Mimpi: Arwah Yasmin

Underground

Delete Conversation