Delete Conversation

Aku sedar sesuatu yang selama ni aku tak sedar. Dan aku dapat rasakan benda ni yang selalu menghantui diriku ini.

PAST
masih hidup pada zaman yang dah lepas

kenapa? sebab aku jenis susah delete kenangan sebagai contoh chat orang. itu yang paling aku ingat. even, kalau kat mesej 'sms' sekalipun memang aku akan screenshot then save dalam lappy.

Tapi,
ada baik buruk dia.

Baik : Aku boleh teringat balik zaman dulu, apa yang berlaku masa tu. Mesti benda tu kelakar dan penting sebab tu la aku sanggup screenshot.

Buruk : Kalau benda tu dah tak berlaku pada masa sekarang. Kau teringin sangat "seseorang" yang selalu ada dengan untuk sentiasa ada dengan kau. Tapi malangnya, semua tu dah berlalu.


Jadi, aku ambil keputusan yang sangat berat iaitu delete semua chat yang dah tak berkaitan dengan diri aku dan mereka. Kalau dulu, nak beli or tukar telefon baru sangatlah susah sebab sayangkan chat yang ada kat whatsapp tu ha. Kalau wechat takpe la sebab memang jenis simpan data chatting.

Dulu, aku pernah TER-achieve semua chat. Tapi, dulu aku bodo, tak tahu achieve tu apa. Tapi bila aku sedar kebodoan aku tu, aku happy sebab chat aku still ada cuma dia simpankan supaya tak nampak serabut dengan chat orang yang penuh. Aku pernah takde mood nak main telefon just disebabkan tu je.

PRESENT
berpijak pada bumi yang nyata

Sejak aku mula menyedari kesilapan aku iaitu teringatkan kenangan yang dah lama berlalu, aku mula ambil step untuk move on seperti mana aku buat kat semua ex aku. Kalau aku boleh buat kat ex aku, kenapa aku tak boleh buat kat zaman silam? I should do it !


try to learn from the past. Jadikan ikhtibar untuk segalanya. Jadikan diri kita lebih matang dan jangan mudah hanyut dengan kelekaan di dunia semata- mata untuk memuaskan diri ni.

Future?
Aku tak nak cakap pasal masa depan. Sebab diri kita sendiri yang tentukan matlamat hidup untuk masa akan datang. Kita sendiri yang perlu mencorakkan dia. Orang lain tu just mampu tengok samada kau boleh buat atau tersungkur. That's all.

Thanks for reading,

Sabrina Wazien~

Comments

Popular posts from this blog

Mimpi: Arwah Yasmin

Underground